Tentang Kami

Sejarah Penubuhan Yayasan Kasih Tauhid

 

Yayasan ini diilhamkan penubuhannya dari wakaf royalti buku Natrah : Cinta, Rusuhan dan Air Mata (1937-2009) – tulisan Datin Seri Fatini Yaacob yang diterbitkan oleh Penerbit UTM pada tahun 2010. Pengisytiharan wakaf royalti itu dilakukan sempena pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata (1937-2009), di Kampus Antarabangsa UTM Kuala Lumpur pada 9 Mac 2010 oleh penulis ketika pelancaran buku Natrah oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd.Yassin. Sumbangan royalti ini adalah tanda hormat, tanda insaf dan tanda kasih penulis kepada bangsa yang bangkit bersatu dan berjuang – ketika Tanah Melayu masih terjajah, ketika bangsa Melayu masih terpisah-pisah, ketika bangsa Melayu miskin serba serbi, terpinggir dan dihina penjajah. Wakaf royalti itu akhirnya mendapat tempat apabila tertubuhnya Pemegang Amanah Yayasan Kasih Tauhid Berdaftar pada 15 Februari 2012. Bertalikan makna kasih agama dari generasi terdahulu, Yayasan ini ditubuhkan dengan hasrat memanjangkan makna kasih agama kepada generasi bangsa Melayu kini dengan penambahbaikkan elemen yang sesuai dengan cabaran zaman moden. Yayasan berharap dengan pelbagai program seperti ceramah/kursus motivasi kasih tauhid, sentuhan kasih kepada masyarakat, penerbitan buku/filem, program rangkaian perniagaan dan pendidikan dengan pembinaan sekolah, kolej dan universiti untuk jangka panjang dapat membantu menyuburkan makna kasih agama, memperkukuhkan kekuatan jatidiri dan membantu bangsa Melayu membina kecemerlangan hakiki di tanah airnya sendiri.

 

 

Puan Sri Fatini Yaacob
BOD

Ahli Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran

Puan Sri Fatini Yaacob
Pengerusi Eksekutif

Yayasan Kasih Tauhid

Encik Nasiruddin Bin Norshidi
Setiausaha

Yayasan Kasih Tauhid

Puan Kalsom Binti Zainal
Bendahari

Yayasan Kasih Tauhid

Isyraq Ariff Bin Zalull Ariff
IT & Multimedia

Yayasan Kasih Tauhid