Blog

Majlis Sambutan Maulidur Rasul YKT

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam kita kepada Nabi Muhammad SAW kerana kasih sayang baginda kepada seluruh umat-Nya merasai nikmat Islam itu sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, selesai sudah program bersama penduduk Taman Menara Maju, Klang bersempena program Majlis Sambutan Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Kasih Tauhid bersama Ahli Jawatankuasa Surau Taman Menara Maju telah menyampaikan bantuan peralatan persekolahan berupa beg sekolah dan juga alat tulis kepada pelajar Asnaf yang tinggal berdekatan dengan surau tersebut.

Kami dari pihak pengurusan Yayasan Kasih Tauhid ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menyumbang dan membantu kami bagi melancarkan program tersebut.

Diharap pada masa akan datang kita dapat mengagihkan rasa kasih kepada mereka yang lebih memerlukan.

Wallahua’lam.